13 February 2014

MUKA KITA


Mengkaji masalah kulit kita dalam kehidupan seharian. Untong sangat sape sape punya kulit lembut and licin jea.
Jerawat adalah penyakit kulit yang paling biasa di dunia. Di Amerika Utara sahaja, 17 juta individu dilaporkan mengalami masalah jerawat dan jumlah itu hampir daripada jumlah penduduk Malaysia! Tekanan perasaan, kecewa, sedih, murung, rasa rendah diri, rasa seperti sentiasa diperhatikan dan pelbagai lagi perasaan yang bermain dalam fikiran kita disebabkan oleh jerawat. Walaupun hanya sebiji, ia boleh menyebabkan havoc, apatah lagi kalau penuh di muka. Lebih teruk lagi jika ianya muncul juga di bahagian belakang badan dan di bahagian dada.
A.      Sewaktu akil baligh, badan kita akan mula menghasilkan hormon Testosterone – inilah yang membezakan perbezaan antara jantina lelaki dan perempuan.

B.      Terdapat sejenis enzim yang akan menukarkan Testoterone kepada Dihydrotestosterone.

C.      Dihydrotestosterone akan mengaktifkan kelenjar minyak untuk menghasilkan minyak atau sebum.

Proses (A), (B) dan (C) akan berlaku pada setiap manusia secara amnya. Setiap manusia yang sampai masa akil baligh akan menghasilkan hormon-hormon tertentu di dalam badannya. Setiap remaja akan menghasilkan lebihan sebum dalam kelenjar di waktu remaja tetapi hanya individu yang mempunyai kecenderungan sahaja yang akan melalui proses (4) dan mengalami masalah jerawat. Penentunya adalah pada kecenderungan genetik (keturunan).
Dalam pada itu, di permukaan kulit terdapat sejenis kuman iaitu P. Acnes yang merupakan kuman pada kulit yang dalam keadaan biasa tidak menyebabkan apa-apa jangkitan. Tetapi, pada individu yang cenderung pada jerawat, P. Acnes akan membina koloni-koloni di dalam kelenjar minyak yang telah pun tersumbat dan menyebabkan jerawat yang bernanah.

     i.        Mengawal kandungan glukosa dalam badan



Tindakan mengawal kadar kemasukan glukosa dalam badan adalah satu langkah yang penting dalam merawat masalah jerawat dari dalam. Kandungan glukosa akan menyebabkan pengeluaran insulin yang boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit kita jika berlebihan

   ii.        Mengurangkan pengambilan iodin



Iodin adalah satu suplimen penting dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan kecergasan serta mengimbangkan berat badan, tetapi jika terlebih pengambilannya, iodin boleh menyebabkan liang kulit muka yang tersumbat membengkak menjadi jerawat

  iii.        Mengambil suplimen seperti Multivitamin, Mineral dan minyak ikan yang mengandungi Omega 3




Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplimen-suplimen seperti Multivitamin A, D, E, C, B dan lain-lain vitamin, selain pengambilan mineral seperti magnesium, Zink, Selenium dan mineral-mineral yang lain. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit memperbaiki kerosakan yang terjadi.

0 comments: